Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Rujukan ini adalah khas buat bakal calon bagi jawatan PTD M41 akan menghadapi exam pada penghujung bulan ogos 2014 ini.



Peperiksaan PTD pada penghujung ogos ini merupakan peperiksaan online yang julung-julung kalinya bagi gred M41. Peperiksaan sebelum ini dijalankan secara manual. Format soalan peperiksaan online dan manual mempunyai beberapa perbezaan. perbezaan yang paling ketara ialah lokasi peperiksaan. Calon boleh menduduki peperiksaan di mana-mana sahaja tempat yang mempunyai akses internet dan tiada pengawas peperiksaan di sisi calon. jadi anda boleh bawa nota sebagai rujukan.

Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini dibahagikan kepada empat seksyen. Calon-calon dikehandaki menjawab semua soalan disetiap seksyen. Tiada pengecualian.

Antara seksyen tersebut ialah:
  • Seksyen A - Pengetahuan AM
  • Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C - Soalan Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen D - Soalan esei bahasa inggeris

Contoh soalan peperiksaan pengetahuan AM di seksyen A.

Masa: 45 minit

Soalan: 50

Soalan#1: Program kebajikan rakyat 1Malaysia(KARISMA) merupakan bantuan yang diberikan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada:

I - Kanak-kanak

II - Balu askar dan polis

III - Orang hilang upaya

IV - Mangsa bencana alam

A - I, II dan III

B - I, II dan IV

C - I,III dan IV

D - II,III dan IV

Jawapan: A

Contoh soalan daya menyelesaikan masalah

Masa: 45minit

Soalan: 40


Soalan kaedah matematik#.Terdapat 40 orang penuntut di dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 1/4 daripadanya telah gagal. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A: 27

B: 30

C: 33

D: 36

Contoh soalan peperiksaan esei bahasa melayu

Soalan esei bahasa melayu adaalah bertujuan untuk mengukur kebolehan dan penguasaan calon dalam bahasa melayu dengan memberikan pandangan yang tepat,ringkas dan jelas. Calon akan diberikan masa selama 1 Jam dan dikehendaki menjawab satu daripada tiga soalan yang diberikan.

"Pelaksanaan GST pada tahun 2015 memberi kesan kepada kemajuan ekonomi negara. Bincangkan."

Contoh soalan esei bahasa inggeris

Bertujuan untuk mengukur penguasaan calon dalam bahasa inggeris. Calon hendaklah menyertakan pendapat dan hujah dengan ringkas jelas dan mudah difahami. Jumlah perkataan tidak dihadkan. Calon dikehendaki memberikan pandangan dalam sesuatu isu contohnya " Electronic govermnment in Malaysia".

Demikianlah serba ringkas mengenai gambaran soalan peperiksaan PTD M41. Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut sila baca review - Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.